Friday, May 2, 2014

AIR MINERAL SEMULAJADI ATAU AIR MINUMAN BERBUNGKUS PILIHAN ANDA?

Assalamualaikum,

















Air sangat penting didalam kehidupan kita, terutama untuk badan kita.

Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari? Ramai yg tidak tahu Mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor ajaib ini?Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food andNutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.

Ia mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari”

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori makan yang diambil. (Kita memerlukan kira2 2500 cal setiap hari).

 Mengapa air sangat perlu?
Ketika kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman.Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, 
perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Jika Air sangat penting, Air manakah yang anda selalu minum? Air Mineral Semulajadi atau Air Minuman Berbungkus?

Sedikit info perbezaan antara  Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus


Perbezaan Air Mineral Semula jadi dan Air Minuman Berbungkus

  Air Mineral Semula jadi Air Minuman Berbungkus
Punca Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.
Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.
Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air).
Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.
Penambahan mineral Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.
Penambahan karbon dioksida Dibenarkan Dibenarkan
Pelakuan / rawatan Tertakluk kepada satu atau beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak terubahsuai /berubah.
  • Penapisan
  • Pengklorinan diikuti dengan pendeklorinan
  • Pengudaraan/ Pendeudaraan
  • Pengkarbonan/pendekarbonan
  • Penstrilan ultraungu
  • Pelakuan ozon
  • Pempasteuran
Perlu mematuhi standard yang ditetapkan.
Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard yang ditetapkan.
Jenis –jenis rawatan ke atas air minuman;

  • Penurasan- untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin
  • Penyulingan
  • Osmosis berbalik
  • Elektrodialisis
  • Penukaran ion
  • Disinfeksi menggunakan ozon atau sinaran ultraviolet
  • Menurunkan keliatan air-pelembut air, penukaran ion, osmosis berbalik, penyulingan
Label Perlu dilabel dengan :
  • “Air Mineral Semula jadi” atau
  • “Air Mineral Semula jadi Berkarbonat” sekiranya mengandungi karbon dioksida.
  • Amaun jumlah pepejal terlarut
  • Nama kandungan mineral yang ada
  • Nilai pH
  • Lokasi puncanya
  • Jenis punca
  • No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar
Perlu dilabel sebagai
  • ”Air Minuman” atau
  • “Air Minuman Berkarbonat” jika mengandungi karbon dioksida
  • Amaun mineral atau garam tambahan sekiranya ada
  • Jenis punca air
  • No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan / Botol Penutup botol pelbagai warna.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.
Penutup botol berwarna putih.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.



Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna

Ada pengguna yang keliru  dengan  penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan  ozon water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman (disinfeksi).






CONTOH LABEL AIR MINUMAN BERBUNGKUS




CONTOH LABEL AIR MINERAL SEMULAJADI



Semoga dapat info yang berguna tentang air minuman kita seharian, selain kita minum yang di masak dirumah.




Sumber :- 







a) http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/perbezaan-air-mineral-a-air-minuman dan http://www.informasi.my/kepentingan-air-dalam-tubuh-manusia/




No comments:

Post a Comment