Tuesday, May 13, 2014

KEPERLUAN KALSIUM, WANITA PERLU TAHU

Wanita yang bekerja memang mempunyai jadual harian yang sangat padat. Lebih-lebih lagi wanita tersebut juga adalah seorang ibu yang ada anak ramai. Wanita atau ibu juga dianggap sebagai idola oleh anak-anak. Kadang-kadang sehinggakan kita lupa untuk jaga kesihatan diri kita. Begitu juga dengan saya, umur pun dah semakin meningkat badan, asyik la lenguh-lenguh. Nasib baik ada penyelamat di usia nak mencecah ke 4 series.

Kalau ikutkan kajian National Osteoporosis Foundation, Selepas umur 40, kepadatan tulang mula menurun dengan cepat.
Para wanita semua, kita perlu lah mengambil berat bahawa kita berisiko mengalami osteoporosis dan tulang patah kalau tidak jaga kesihatan tulang.

Terdapat beberapa sebab kenapa wanita lebih mudah mengalami osteoporosis
berbanding lelaki :
a) Wanita bersaiz lebih kecil  dan tulang lebih nipis dari lelaki.
b) Estrogen, adalah hormon wanita yang melindungi tulang berkurangan apabila wanita menopaus, yang mana boleh menurunkan kepadatan tulang. Ini adalah punca osteoporosis meningkat apabila kita menopause.

Jadi apakah tindakan yang kita perlu lakukan?

Kita perlu lah mengambil Kalsium dan Vitamin D yang mencukupi secara harian.
Kalsium boleh didapati didalam segelas ( 8 oz) susu, 6 oz yogurt atau 1 oz atau 1 cubic keju.
Dan, berapa banyak pula vitamin D yang perlu diambil?

Umur dibawah 50 perlu ambil 400 - 800 IU sehari
Umur 50 keatas perlu ambil 800 - 1000 IU sehari

Mana nak dapat Vitamin D? Vitamin D boleh didapati dari :
a) Cahaya Matahari
b) Makanan
c) Suplement

Tetapi bagi saya, saya boleh mendapat Vitamin D melalui makanan dan supplement. Seperti yang saya beritahu diatas tadi, penyelamat yang telah menjaga saya adalah  OSTEMATRIX dari Shaklee

1 Tablet ostematrix = 1 gelas susu tinggi kalsium = 80 biji badam

OsteMatrix juga  mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D zinc, kuprum, mangan dan boron.Jadi, dengan Ostematrix, tidak susah nak cari Kalsium dan Vitamin D, terus ada kedua-dua keperluannya didalam sebiji tablet.

Sejak saya mengamalkan Ostematrix, badan saya tidak lagi lenguh-lenguh sewaktu bangun dari tidur.

Ingat ye wanita/ibu-ibu, kesihatan perlu dijaga



















Untuk order : hubungi 012-2812913


Sumber : National osteoporosis foundation

Sunday, May 11, 2014

SELAMAT HARI IBU

Selamat menyambut hari ibu semua 

Ibu..Ibu..
Engkau lah ratu hatiku
Bila ku berduka engkau hiburkan selalu
Ibu..Ibu..
 Engkau lah ratu hatiku



Friday, May 2, 2014

AIR MINERAL SEMULAJADI ATAU AIR MINUMAN BERBUNGKUS PILIHAN ANDA?

Assalamualaikum,

















Air sangat penting didalam kehidupan kita, terutama untuk badan kita.

Perlukah kita meminum air sebanyak 8 gelas setiap hari? Ramai yg tidak tahu Mengapa 8 gelas? Dari mana datangnya nombor ajaib ini?Pada tahun 1945, National Acedemy of Sciences of the United States Food andNutrition Board, telah menerbitkan satu cadangan nutrient yg harus diambil setiap hari.

Ia mencadangkan “Pengambilan air yg digalakkan bagi seorang dewasa ialah 2.5 liter (kira-kira 8 gelas) setiap hari”

Jumlah 2.5L ini berdasarkan kiraan mL air diperlukan utk setiap kalori makan yang diambil. (Kita memerlukan kira2 2500 cal setiap hari).

 Mengapa air sangat perlu?
Ketika kita makan, usus dihujung perut akan mengecut menyebabkan makanan berada di dalam perut untuk seketika bagi tujuan penghadaman.Air yang diminum digunakan untuk menjadikan makanan ini menjadi cecair. Setelah makanan menjadi lembut ianya akan dihantar ke usus untuk tujuan serapan.Jika kita tidak cukup minum air, sistem pencernaan akan mengambil cecair dari darah, 
perut dan usus agar makanan yang hendak diproses akan menjadi lembik dan cair sebelum dihantar ke usus kecil.

Jika Air sangat penting, Air manakah yang anda selalu minum? Air Mineral Semulajadi atau Air Minuman Berbungkus?

Sedikit info perbezaan antara  Air Mineral Semulajadi dan Air Minuman Berbungkus


Perbezaan Air Mineral Semula jadi dan Air Minuman Berbungkus

  Air Mineral Semula jadi Air Minuman Berbungkus
Punca Sumber daripada strata kandungan air bawah tanah melalui mata air, telaga, gerekan dan lain-lain jalan keluar.
Punca perlu mendapat kelulusan dan lesen daripada Kementerian Kesihatan.
Semua punca air yang selamat seperti dari sistem bekalan air awam atau air paip, air permukaan (sungai, kolam, tasik) dan air tanah (telaga tiub, mata air).
Perlu mendapat kelulusan dan lesen dari Kementerian Kesihatan.
Penambahan mineral Tidak boleh diperkaya/diperkuat atau ditambah dengan vitamin atau mineral. Boleh mengandungi tambahan garam klorida, bikarbonat dan sulfat bagi kalsium, magnesium, kalium dan sodium serta karbon dioksida.
Penambahan karbon dioksida Dibenarkan Dibenarkan
Pelakuan / rawatan Tertakluk kepada satu atau beberapa rawatan berikut dengan syarat kandungan air atau mineral tidak terubahsuai /berubah.
  • Penapisan
  • Pengklorinan diikuti dengan pendeklorinan
  • Pengudaraan/ Pendeudaraan
  • Pengkarbonan/pendekarbonan
  • Penstrilan ultraungu
  • Pelakuan ozon
  • Pempasteuran
Perlu mematuhi standard yang ditetapkan.
Semua jenis rawatan boleh digunakan asalkan standard air mematuhi standard yang ditetapkan.
Jenis –jenis rawatan ke atas air minuman;

  • Penurasan- untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik atau klorin
  • Penyulingan
  • Osmosis berbalik
  • Elektrodialisis
  • Penukaran ion
  • Disinfeksi menggunakan ozon atau sinaran ultraviolet
  • Menurunkan keliatan air-pelembut air, penukaran ion, osmosis berbalik, penyulingan
Label Perlu dilabel dengan :
  • “Air Mineral Semula jadi” atau
  • “Air Mineral Semula jadi Berkarbonat” sekiranya mengandungi karbon dioksida.
  • Amaun jumlah pepejal terlarut
  • Nama kandungan mineral yang ada
  • Nilai pH
  • Lokasi puncanya
  • Jenis punca
  • No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar
Perlu dilabel sebagai
  • ”Air Minuman” atau
  • “Air Minuman Berkarbonat” jika mengandungi karbon dioksida
  • Amaun mineral atau garam tambahan sekiranya ada
  • Jenis punca air
  • No kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  • Punca diluluskan oleh KKM
  • Nama dan alamat lengkap pengeluar
  • Buatan Malaysia atau buatan negara asal pengeluar
Pembungkusan / Botol Penutup botol pelbagai warna.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.
Penutup botol berwarna putih.
Botol yang digunakan mestilah berkeadaan telus dan lutsinar.



Kekeliruan yang biasa ditanya oleh pengguna

Ada pengguna yang keliru  dengan  penyataan osmosis berbalik, osmosis songsang, R.O Water, air suling dan  ozon water. Penyataan ini adalah merupakan jenis proses rawatan ke atas air yang dilakukan untuk air minuman berbungkus. Secara amnya proses rawatan tersebut adalah untuk menghilangkan bau, rasa, kontaminan organik dan klorin. Rawatan seperti penyulingan dan osmosis berbalik adalah untuk membuang atau mengurangkan mineral manakala ozon digunakan untuk membunuh kuman (disinfeksi).






CONTOH LABEL AIR MINUMAN BERBUNGKUS




CONTOH LABEL AIR MINERAL SEMULAJADI



Semoga dapat info yang berguna tentang air minuman kita seharian, selain kita minum yang di masak dirumah.




Sumber :- 







a) http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/pemakanan/keselamatan-a-kualiti-makanan/perbezaan-air-mineral-a-air-minuman dan http://www.informasi.my/kepentingan-air-dalam-tubuh-manusia/