Saturday, February 15, 2014

Radikal Bebas dan Anti Oksidan





Apa itu Radikal Bebas?

Radikal Bebas atau Oksidan merupakan molekul-molekul yang sangat reaktif di dalam tubuh dan pada hakikatnya dapat merosakkan bio molekul penting di dalam sel-sel, termasuk DNA. Radikal bebas adalah suatu molekul yang terpisah dari molekul pasangannya sehingga pemisahan ini menyebabkan molekul ini kehilangan salah satu elektron yang disediakan oleh molekul pasangan bebasnya.

Apakah punca penyebab Radikal Bebas :

Pencemaran udara seperti asap kenderaan, rokok, radiasi sinar UV, bahan kimia dalam makanan, makanan berlemak tinggi dan faktor-faktor lainnya tanpa disedari masuk ke dalam tubuh dan menyebabkan peningkatan pertumbuhan radikal bebas. Sebenarnya, tubuh manusia dapat meneutralkan radikal bebas ini, hanya saja bila jumlahnya terlalu berlebihan, maka kemampuan untuk meneutralkan menjadi semakin kurang.

Penyakit berpunca dari Radikal Bebas

Penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas bersifat kronik, iaitu mengambil masa yang lama untuk disedari oleh penderita dan penyakitnya sudah parah.
a) Kanser,
b) Penyempitan salur darah
c) Penuaan
d) Katarak dll

Bagaimana meneutralkan Radikal Bebas?

Untuk meneutralkan Radikal Bebas, badan memerlukan Anti Oksidan  iaitu bahan yang diperlukan oleh tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. Antioksidan menstabilkan radikal bebas dengan melengkapi kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan stress oksidatif.

Anti Oksidan yang diperlukan oleh tubuh adalah seperti Vitamin C, Vitamin E untuk tubuh bagi meneutralkan Radikal Bebas tersebut .  Keseimbangan antara antioksidan dan radikal bebas menjadi kunci utama bagi mencegah stress oksidatif dan penyakit-penyakit kronik yang dihasilkannya.



Sumber :  http://www.vivalife.co.id/bahaya-radikal-bebas
www.cancer.gov

No comments:

Post a Comment